Wasiat Imam As Syafie


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”


1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9: HAK KEPADA NABI MUHAMAD SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Teruskan Bacaan......

Berapo Ramai Ore Laki Hok Bleh Jd Tok Imam...???



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu
ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si
gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak
sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam.



Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi
gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja
tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih
perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus
teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan
al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita
perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi
imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika
wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Pesanan Buat Yang Bergelar Cowok :-)



Teruskan Bacaan......

Keredhaan ibu bapa,keredhaan Allah jua



Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan
demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu;
dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan). ( Luqman: 14)

Huraian

Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan
taati. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di
dalam al-Quran dan hadis. Mengecilkan hati, melawan
atau mengherdik keduanya dianggap sebagai perbuatan
derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa
besar dan tidak akan mencium bau syurga sekalipun
banyak beribadat kepada Allah s.w.t..

Ini disebabkan Allah s.w.t. tidak akan menerima ibadat
orang yang derhaka kepada ibu bapanya sebagaimana yang
tersebut di dalam al-Quran. Dalam satu hadis,
Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa keredhaan Allah
s.w.t. bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa. Ini
bermaksud bahawa sekiranya ibu bapa meredhai kita,
Allah s.w.t. turut meredhai kita. Sebaliknya jika
mereka marah dan berkecil hati terhadap kita, Allah
s.w.t. juga turut murka kepada kita.

Ketahuilah, sejak kita di dalam kandungan, ibu
menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu
juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita
dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak
lelap tidurnya. Mereka berkorban apa saja. Maka
setelah kita dewasa dan pandai berdikari, sanggupkah
kita mengecewakan hatinya? Oleh kerana besarnya
pengorbanan ibu bapa, maka sewajarnyalah Allah s.w.t.
mewajibkan kita mematuhi mereka.

Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa
dibalas oleh Allah s.w.t. secara tunai semasa di dunia
lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak
kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita
menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka
pula kepada kita.

Kesimpulan:

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan
bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka
tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di
dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan
mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih
hidup, layanlah mereka dengan sebaik-baik mungkin.
Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah
menziarahi tanah perkuburan di samping, mendoakan
kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti
sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa.
Mereka akan menerima pahala tersebut. Itulah bukti
ketaatan yang dapat kita hulurkan terhadap mereka.


Teruskan Bacaan......

Asiah menyelamatkan Nabi Musa


ASIAH binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.


"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.

"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.

"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.

' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.

Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.

Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.

Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.

Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."

"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.

"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.

Manusia biasa

"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.

"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.

Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.

Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.

"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.

"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.

"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.

"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.

Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.

"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.

"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.

"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.

"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.

"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.

"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.

Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.

Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.

Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.
Teruskan Bacaan......

Puisi Buat Yang Tersayang


Sayang…

Saban waktu aku mendambakan diri pada kasih dan cinta tulusmu …kian aku merasai diri ini terlalu menyintaimu…

Menatap sahaja potret wajah mesramu,terpancar keikhlasan

Aku meyakini kau menyintaiku sepenuh jiwa dan raga

Namun kadang-kadang aku juga tidak betah memikirkannya

Apakah hati kita tega dan tabah

Mengharungi cinta

Yang penuh…berliku ini.


Sentuhanmu yang pertama…menjadi igauan

Tidak pernah hatiku disapa begini

Sering merasai kehangatan

Dan kerap dilamun…kerinduan.

Malah aku hampir menangisi

Andai merindui dirimu

Suara dan perhatian…sepenuhnya darimu.

Dan aku juga sebenarnya…mengharapkan sepenuhnya

Kasih sayang itu…dapat kau

Curahkan kepadaku.


Sayang…

Kenangan yang kita lalui ini

Amat bermakna untuk aku mukimkan…disudut hati.

Perhubungan yang kita jalinkan…bukan sekadar keinginan rasa hati sahaja

Malah kita juga menuntut restu…dari kedua ibu bapa.

Sejak kali pertama kali kita merasmikan

Ucapan kasih dan…cinta ini

Moga ia menjadi kesungguhan yang benar-benar ikhlas

Untuk kau menyunting aku menjadi

Permaisuri hatimu

Sayang…

Aku menyeru kasih padamu…

Lantaran diri ini dipenuhi oleh semangat cintamu

Yang tiada tolok bandingnya…terlalu payah untuk aku meneruskan

Hidup ini…tanpa dirimu.

Izinkan aku untuk menyihirkan cinta kasih ini

Pada kemuncak paling dalam…agar engkau tahu

Engkaulah insan paling agung bertakhta…

Di hatiku …sayang

Teruskan Bacaan......

Pemergian datuk tersayang


NIAT asal hanya menziarahi pusara ayahanda, namun Nabi Muhammad SAW akhirnya meninggalkan Madinah dan pulang semula ke Mekah dengan meninggalkan dua pusara yang menjadi pengabadian kedua-dua ayahanda dan bonda tercinta!

Alangkah pilu si anak yatim kerana ternyata kini baginda sebatang kara. Namun tidak sempat untuk baginda bersedih pilu, mujur masih mempunyai seorang datuk yang tahu peranannya untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga cucu tersayang.

Sedangkan nama si cucu atas pemberian dan ilham si datuk, maka sekujur hidup cucu tersebut kini di bawah tanggungan Abdul Mutalib. Malah dikatakan usia Abdul Mutalib telah menjangkau 100 tahun. Sekali pun berat tanggungjawab itu namun Nabi Muhammad dipujuk agar meneruskan hidup bersamanya kerana beliau akan menjaga cucunya itu sebagai pengganti ibu dan ayah yang telah pergi.

Bangsawan besar Mekah itu dengan dibantu Ummu Aiman, menjaga Nabi Muhammad dengan penuh kasih sayang tanpa memberi sedikit ruang pun kepada baginda untuk meratapi nasib diri atau merasakan dirinya terasing.

Ini menjadikan hubungan cucu dan datuk itu akrab tanpa dapat direnggangkan sedikit pun. Sehinggakan di mana ada Abdul Mutalib di situlah ada cucunya.

Malah dikisahkan dalam satu peristiwa bagi menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara Nabi Muhammad dan datuknya itu. Iaitu dikatakan Abdul Mutalib mempunyai sehelai hamparan cantik dan khas yang diletakkan di bawah teduhan kaabah atau di sisi Rumah Allah itu.

Belas pada anak yatim

Kesemua anak pinak Abdul Mutalib, tidak seorang pun yang berani duduk di atas hamparan itu kerana terlalu menghormatinya di samping bimbang akan dimarahi kecuali perlu mendapat kebenaran darinya terlebih dahulu.

Namun berlainan dengan Nabi Muhammad, yang datang dan terus duduk di atas hamparan itu. Melihatkan perbuatan Nabi Muhammad itu, kesemua yang lain terutama kalangan bapa-bapa saudara nabi cuba menghalang anak saudara mereka itu.


Mereka berkata: "Muhammad! Jangan kamu duduk di tempat duduk datukmu itu! Tidak kau takut akan dimarahi oleh datuk mu itu kerana kau berani duduk di tempatnya tanpa meminta kebenaran darinya terlebih dahulu?"

Tetapi Abdul Mutalib yang kemudian menyaksikan kejadian itu berkata: "Biarkan cucuku ini duduk di tempat itu, tidakkah kamu semua belas pada anak yatim itu kecuali dengan aku sahaja tempat dia kini untuk mengadu?".

Dalam satu peristiwa lain, Abdul Mutalib yang ketika itu berada dalam satu majlis bersama-sama para pemimpin Quraisy yang lain dengan Abdul Mutalib berada di tempat duduk yang tinggi berikutan kemuliaan yang dimiliki. Nabi Muhammad yang masuk ke majlis itu cuba dihalang oleh pemimpin-pemimpin Quraisy yang lain.

Namun Abdul Mutalib meminta mereka supaya jangan menghalang cucunya itu sambil berkata: "Jangan halang Muhammad dari bertemuku, sesungguhnya cucuku itu akan menjadi seorang manusia yang agung (Sya'nun azim)".

Sepanjang hayatnya, Abdul Mutalib banyak menghabiskan masa di sekitar Kaabah dan Mekah dengan pelbagai urusan. Ini diikuti sekurang-kurangnya setahun sekali beliau dan bersama anggota rombongan dagangannya akan ke negeri Syam (Syria) untuk berniaga di sana.

Mereka lazimnya akan pulang dengan membawa pelbagai kekayaan dan keuntungan bagi menjadikan Abdul Mutalib semakin dihormati di kalangan kaum dan penduduk Mekah.

Sehinggalah Nabi Muhammad ketika itu menjangkau usia lapan tahun. Maka pada suatu hari baginda sekali lagi terpaksa menjadi seorang 'lelaki' yang tabah apabila sudah tiba masanya datuk kesayangan baginda meninggalkannya buat selama-lamanya.

Malah terdapat satu kisah, iaitu pada suatu hari, apabila Abdul Mutalib yang uzur kerana telah begitu lanjut usianya menyedari dirinya akan meninggalkan dunia yang fana ini, beliau pun menyuruh khadamnya memanggil semua anaknya supaya berada di sisinya untuk kali terakhir.

Ketika itu, Nabi Muhammad, berada di belakang tempat tidur Abdul Mutalib dan baginda mendengar dan memerhatikan datuknya yang sedang sakit itu.

Apabila anak-anak Abdul Mutalib telah berada di sisinya, maka beliau pun berkata: "Anak-anakku sekalian, dapat ku rasakan bahawa aku tidak akan kekal lama lagi bersama kamu malah aku akan kembali ke negeri yang kekal abadi. Oleh itu, sebelum aku menghembuskan nafas yang akhir, ada suatu pesanku yang penting," kata Abdul Mutalib sambil memegang tangan Nabi Muhammad.

Abdul Mutalib berpesan kepada anak-anaknya supaya mereka berjanji untuk menjaga cucu kesayangannya itu, sepeninggalan beliau kelak ke alam barzakh.

Mendengarkan pesanan itu, salah seorang anaknya, Al-Abbas bin Abdul Mutalib berkata: "Jika itu yang ayahanda kehendaki, biarlah anakanda menjaga Muhammad. Lantaran anakanda tidak mempunyai anak, lagipun anakanda mampu menyaranya!" kata Abbas.

Mendengar kata-kata Abbas itu, anak-anak Abdul Mutalib yang lain hanya memandang sahaja kepada ayahanda mereka yang terbaring di atas tempat tidurnya. Mereka menanti sama ada Abdul Mutalib bersetuju atau tidak dengan permintaan Abbas itu tadi.

"Aku tahu! aku tahu! kamu Abbas memang mampu berbanding saudara-saudaramu yang lain! Tetapi dalam hal ini biarlah aku berlaku adil!.

"Supaya adil biarlah aku suruh Muhammad sendiri memilih kepada siapa yang suka untuk tinggal bersama selepas pemergian ku kelak. Pemilihan Muhammad ini adalah muktamad!," kata Abdul Mutalib.

Nabi memandang datuknya dengan penuh hiba dan sayu. Bagi memenuhi permintaan terakhir datuknya itu, baginda memerhatikan setiap satu bapa-bapa saudaranya itu. Akhirnya baginda menggenggam tangan Abu Talib.

"Nah! Muhammad memilih kamu, Abu Talib! Aku tahu engkau mempunyai ramai anak. Oleh itu aku berharap engkau dapat menjaga Muhammad lebih daripada engkau menjaga anakmu sendiri. Semoga dengan penjagaan engkau itu, Tuhan akan memberkati engkau!," kata Abdul Mutalib.

Pemilihan Nabi Muhammad terhadap Abu Talib itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana sebelum ini jika baginda ditinggalkan Abdul Mutalib untuk berurusan berniaga di luar kota, baginda sering ditinggalkan bersama Abu Talib.

Walaupun menyedari Abu Talib itu seorang yang sangat sederhana kerana mempunyai bilangan anak yang ramai namun Abu Talib kaya dengan hati budinya. Maka pilihan Nabi terhadap Abu Talib memang tepat.

Abdul Mutalib kemudiannya meninggal dunia dengan penuh tenang tanpa sebarang perasaan bimbang mengenai nasib anak piatu, Nabi Muhammad. Ini kerana beliau yakin Abu Talib dapat menjaga Muhammad sebaik yang pernah beliau lakukan.

Namun, bagi seorang cucu yang selama ini begitu rapat dan baik bersama datuknya, pemergian Abdul Mutalib sangat memberi kesan yang sedih kepada baginda. Kesedihan yang terpaksa ditunjukkan kerana mengenangkan jasa si datuk yang sedari kecil, Abdul Mutalib adalah segala-galanya buat baginda.

Melihat kesedihan Muhamad sedemikian rupa, Abu Talib cuba menghiburkan hati Nabi dengan mengajak Nabi bermain-main dengan anak-anaknya.

Demikianlah berkat kesabaran dan ketekunan Abu Talib, Nabi Muhammad merasakan kehilangan datuknya telah berganti. Abu Talib juga sangat sayang kepadanya.

*Baginda Rasulullah tidak berjaya mengislamkan bapa saudaranya itu. Malah dikatakan Abu Talib mendapat seksaan yang paling ringan di neraka dengan kakinya beralasan sepatu bagi melindungi dari terbakar oleh api!
Teruskan Bacaan......

Satu Idea Dua Artikel


Munkin sahabat2 hairan camne boleh jadi Satu idea dua artikel.ambo jelaskan.sebenarnya mlm nih ambo bercadang untuk menulis atau menceritakan pasal pengangkutan dimesir..siap dh snap gambar apa dh.bila ambo search jer tajuk hk ambo nk tulis nih kat google.sekali terkeluar artikel yang bertajuk pengangkutan awam dimesir.rupa3nya sorang sahabat kita disini dh pon menulis berkaitan dgn tajuk yang ambo fikirkan untuk ditulis pada mlm nih.bulih kata ulasan yang comel n sedap dibaca.insyaallah diakhir ulasan ini ambo akan bagi link sahabat kita itu untuk teman2 lain dapat membaca sendiri tulisan atau ulasan yang dibuat oleh beliu.bagi ambo cukup menarik n tepat.bagi ambo sendiri.tercatat sedikit sebanyak sejarah dgn pengangkutan dimesir nih.heh.pada awal ketibaan ambo dimesir ambo pernah terjatuh dari bus..hampir2 pengsan ditengah jalan yang penuh denga kereta.tp alhamdulillah.bak kata ore2 tua.tuhan masih lagi sayang.he3.bila dapat tahu dari abg lama2.baru ambo tahu.bkn pada diri ambo jer (Jatuh Dari Bus) tp ramai dh ore3 lama merasai aper yang ambo lalui.maka bnda tu ambo anggap satu kejadian yang menguji kecekapan diri ambo untuk tinggal dinegara yang sedia mencabar minda kita semua.heh.dibawah ini ambo tinggalkan link sahabat kita yang ambo citerkan diatas td.bolehlah sahabat2 baca atau amik pengalaman daripada tulisan beliau.ambo sambil3 dok menulis nih ambo masih lagi membaca artikel2 yang ditulis oleh beliau.begitu menarik bagi ambo sendiri.i-allah didlm blog sahabat ini ada kelebihan2 yang ada dimesir dan tiada dinegara kita.contohnya sistem solat berjemmah ore2 disini.teruskan bacaan http://irwannadwi.blogspot.com/.secara ikhlas ambo tidak mengenali beliau.tp ambo kagum denga tulisan beliau.semoga beliu terus maju n sakses insyallah Teruskan Bacaan......