ToK Guru Nik Aziz menangis Dengar Amy Search menyanyi lagu ketuhanan



Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar lagu-lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh penyanyi Amy Search atau Shuhaimi Abdul Rahman (gambar kecil), 51, pada satu majlis di sini semalam.

Kata Nik Aziz, beliau tersentuh hati menatap wajah Amy, lebih-lebih lagi banyak penyanyi rock biasa dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan maksiat.

“Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya, saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar,” katanya selepas majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di sini semalam.

Nik Aziz menambah, beliau kagum dan gembira apabila Amy yang memiliki suara yang diminati ramai telah memanfaatkannya ke jalan Allah.

Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.

Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.

“Sewaktu saya menyanyi, saya perasan Tok Guru memandang saya dengan penuh terharu,” kata Amy yang dihubungi Kosmo! Ahad.

Bagaimanapun, menurut Amy, beliau tidak sedar ketika menyanyikan lagu apakah Nik Aziz menangis.

“Saya menyanyikan empat buah lagu termasuk Mentari Merah Di Ufuk Timur, Isabella dan Saat Ku Idamkan. Jika beliau mampu ‘terasa’ isi lagu rock tersebut, saya begitu berbesar hati,” katanya.

Teruskan Bacaan......

Dato' Ibrahim Ali Tunggu Pinangan Dari Umno




kecewa betul ambo dengan dato' him kita nih.rata3 ore pasir mas ingatkan dato him betul3 dh berubah..smpai sanggup bersumpah untuk berjuang bersama pas bila diberi peluang untuk bertanding atas tiket pas..tp bila lepas saja pilihanraya terus dato' him mempersendakan pas.ambo hk kecewa betulnya sebab ambo lah salah seorg yang telah memenangkn dato him dipasir mas.ambo ore pasir mas.ambo mengundi pas.ambo pangkah bulan.ambo pangkah dato' him.teramat sedih ambo rasa bila jadi lagu nih..tp bagi ambo setiap hk terjadi tuh ada hikmoh belako.kalu x jadi lagu nih ore pasir mas kan tetap memuja dato' him..bagi ambo sendiri.bkn dato' him yang dipuja sebenar nya.tp duit dato' him yang berlambok2 dipuja.ambo sebagai ore pasir mas mendoakan mogo2 tuhan buka pintu ati dato' him.bagi pemikiran yang comel..kita tetap sayang wakil rakyak kita.walaupon dato' him kekal dgn bebas i-allah ore akan terima beliau..tp hormati la Pas Teruskan Bacaan......

Kata-kata Semangat Yb Tok Guru Kepada YB Nga Kor Ming


13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

kredik to Blogtokguru :-)

Teruskan Bacaan......

Penyokong Pasukan Bola Kelantan Merusuh



Dukacita betul ambo bila denga penyokong3 pasukan bola sepak kelate merusuh..terkejut pon ada x heran pon ada.al-maklumlah kelate walau pon terkenal denga serambi mekkah atau negeri tadahan wahyu tp jiwa2 ore kelate sendiri tuh sentiasa brutal..bak kata ore3 lama.ore kelate nih ore darah panas ore gedebe panas bare dan mace2 lagi la yang selalu ambo denga.tu ambo x pelik kalu baca paper atau dapat maklum pasal kejadian camni.haha.sampaikan tok guru sendir bunyi mulut ore kata.terasa malu skali dengan apa yang terjadi...ambo walau dlm ketogeri x minat bola tp ambo sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak kelate..setiap perlawanan atas umh ambo nih gege dok denga siaran langsung dari kelate nuh.walaupon pok2 ambo nih dok mesir belako(bare internit ada).tp tetap x ketinggalan.dah name mainan ore kata.masa bene kita suka,masa kaloh kita duko.ambo rasa pasal dukolah terjadi bnda2 yang x sepatutnya supo nih.sapa trak polis dibakar.kereta dato anuar muso pon kene.banggo sungguh ambo denga ore kelate.berani begitumo.(tungu kene rigap)ahaha.tp ambo x salahkan mane2 pihak dlm menulis nih.tp hk ambo denga2 la.pasukan n9 hk mula kes dulu.yolo ko tidok tuh hanya tuhan yang tahu..denga cerita pemain n9 celupar mulut dgn gooli kelate.hk tuh bulih nimbok 4 5 ribu.ahaha.ambo harap la lepas2 nih negeri kita main denga comel.pakat2 soba la belako.jadi gapo2 kita bersatu.pakat2 jaga name baik negeri kita.kelantan cik siti wan kembang Membangun Bersama Islam Teruskan Bacaan......

Blog Tok Guru Dah Jalan



Hehe.suka gak ambo tgk blog tok guru dua ari lepas.al-maklum la dari mula2 rasmi ari tuh lagi ambo dok tertungu2 bila la tok guru nk mula tulis artikel nih..a-lillah..buka2 dh masuk satu dua artikel..cukup puas hati baca ulasan tok guru..dh name tok guru..yang paling ambo respek sekali tuh blog tok guru siap ada 2 subtitel..satu melayu n satu tulisan jawa.aahahah..mane ada ore sekrang terfikir nk tulis blog dlm tulisan jawi..tima kasih tok guru kerana membangkitkan balik semangat ambo untuk membaca jawi..aper2 pon sama2 lah kita bagi sokongan pada blog tok guru sampai ke bila..ambo sebagai rakyak tok guru sentiasa doakan tok guru dipanjangkan umur n terus memerintah kelantan sampai ke bila2..takkbirrr Teruskan Bacaan......

Anak Kecil yang Solehah




Subhanallah..terlalu besar sesuatu kejadian allah itu.sehinggakan susah untuk kita sendiri melihatnya.tp ini lah salah satu dari bukti kebasaran allah bagi aku sendiri.seorang anak kecil yang baru berumur dua tahun betul3 memahami persoalan2 dlm islam.subhanallah.terasa malu pada diri sendiri..betullah dari cerita3 ore tua2 dahulu.andai lahir seorang anak itu dari bai'ah yang baik atau comel.maka inilah kesimpulan yang dapat kita semua lihat..aku doakan moga anak kecil terus berpegang dengan ajaran islam sampai ke ahkir hayatnya i-allah..dari video dia atas kita semua dapat melihat bagaimane anak kecil ini menjawab persoalan mengenai agama islam denga sangat terang dan jelas..allah..terlalu bersih fikiran anak2 kecil bila di isi denga ilmu2 yang berguna sebegini..dlm video nih si ayah bertnya pada anaknya bnda2 yang terlalu senang dlm islam.tp adakah kita semua tahu apa yang dimaksudkan dgn senang itu.lihat la video dia atas untuk pedoman atau ajaran pada kita semua yang bergelar muslim Teruskan Bacaan......

Pas Pkr Menang DiBukit Gantang@Bukit Selambau


Alhamdulillah.itulah ucapan yang selayaknya bila menangnya parti islam dalam pilihanraya kali nih..Bermula di P.Penang kemudian ke Terengganu.sekarang giliran Pas Perak(21,860)Xamano (19,071)x Bebas (62) n Pkr kedah (2,403) benang besar.Syukurr..Bagi aku sendiri sendiri aku lebih tertarik dengan Berita Dari perak..Terasa terlalu kuat cabaran di sana.Bermula dgn peralihan kuasa secara x tahu nk cakap la..tp boleh dikatakan terlalu kotor..kemudian berita kematian Ahli Parlimen Pas kita di sana dan byk lagi la yang mencelarukan kepala otok aku yang cuba untuk memahami politik..Semlm masa aku tengah dok Baca byk2 blog politik..Termasuk blog kegemaranku.bak kata oram putih.pabret.heh.(msomelayu.blogspot.com)aku terlihat satu post yang cukup menyentuh hati n perasaan apabila petugas2 pas dari luar negeri yang datang ke perak hnya tido beralas kan tikar..tnpa selimut..di pos2 Pas yang boleh dikatakan x terlalu mewah.tp bak kata tuan blog.mereka semua lena menanti hari esok..satu soklan yang cukup sedap didengar.petugas2 amano yang tingal n tido dihotel selesa n serba kemewahan.adakah mereka semua lena diulik mimpi menanti hari esok..hakikat nya tidak..walaupon berlapik kan tilam yang tebal.tp hati mereka semua resah.entah benang atau tidak aper yang mereka perjuangan kan selama nih..a-lillah.semuanya igauan itu telah terjawab..munkin lepas nih mereka semua boleh tido lena di umh masing.ahahah..ada sedikit picture dari perak.sedut dari mso..kedik dh tuh sikit untuk mso.harap terus kekal dgn tulisan yang bijak n berkualiti.takbirrrr
Teruskan Bacaan......

Kisah sahabat Uthman sahabat Rasulullah paling dermawan


KETIKA kaum muslimin hijrah dari Makkah ke Madinah, mereka menghadapi masalah bekalan air. Di sana memang ada sebuah perigi, tapi perigi itu milik seorang Yahudi dan airnya sengaja diperdagangkan. Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah amat menggembirakan kerana memberinya kesempatan untuk memperoleh wang yang banyak daripada hasil penjualan air perigi.

Rasulullah SAW amat berharap jika salah seorang sahabat mampu membeli perigi itu untuk meringankan beban kaum Muhajirin yang menderita kerana harta mereka ditinggalkan di Makkah. Mengetahui kejadian itu, Uthman ra pergi ke rumah orang Yahudi itu untuk membeli perigi itu. Selepas tawar-menawar, harga perigi itu 12,000 dirham dan dengan perjanjian satu hari hak orang Yahudi itu, dan keesokan harinya untuk Uthman.

Pada giliran hak Uthman, kaum Muslimin bergegas mengambil air yang cakup untuk keperluan dua hari. Dengan demikian si Yahudi berasa rugi, kerana tidak ada lagi yang membeli air pada gilirannya,

Orang Yahudi itu mengeluh kepada Uthman, dan akhirnya dia menjual perigi itu kepada Uthman dengan harga 8,000 dirham.

Perigi Raumah mengalirkan air yang melimpah bagi kaum Muslimin dengan percuma.

Itulah kedermawanan Uthman ra. Alangkah jauhnya akhlak kaum muslimin dewasa ini dengan akhlak yang dimiliki sahabat Rasulullah SAW dahulu.

Alangkah besarnya beban ditanggung orang Islam sekarang, tapi siapakah yang berkeinginan dan dapat meringankan beban itu?

l Pemberian Allah 10 kali ganda

Pada masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra, kaum Muslimin dilanda kemarau dahsyat. Mereka mendatangi Khalifah Abu Bakar dan berkata, "Wahai khalifah Rasulullah, langit tidak menurunkan hujan dan bumi kering tidak menumbuhkan tanaman, dan orang meramalkan datangnya bencana, maka apa harus kita lakukan?

Abu Bakar ra menjawab: "Pergilah dan sabarlah. Aku berharap sebelum tiba malam hari Allah akan meringankan kesulitan kalian."

Pada petang harinya di Syam ada sebuah kafilah dengan 1,000 unta mengangkut gandum, minyak dan kismis. Unta itu lalu di depan rumah Uthman, lalu mereka menurunkan muatannya. Tidak lama kemudian pedagang datang menemui Uthman, si pedagang kaya, dengan maksud ingin membeli barang itu.

Lalu Uthman berkata kepada mereka: "Dengan segala senang hati. Berapa banyak keuntungan yang akan kalian berikan?

Mereka jawab: "Dua kali lipat."

Uthman menjawab: "Wah sayang, Sudah ada penawaran lebih."

Pedagang itu kemudian menawarkan empat sampai lima kali lipat, tetapi Uthman menolak dengan alasan sudah ada penawar yang akan memberi lebih banyak.

Pedagang menjadi bingung lalu berkata lagi pada Uthman: "Wahai, Uthman, di Madinah tidak ada pedagang selain kami, dan tidak ada yang mendahului kami dalam penawaran. Siapa yang berani memberi lebih?" Uthman menjawab: Allah SWT memberi kepadaku 10 kali lipat, apakah kalian dapat memberi lebih dari itu?"

Mereka serentak menjawab: "Tidak!"

Uthman berkata lagi: "Aku menjadikan Allah sebagai saksi bahawa seluruh yang dibawa kafilah itu adalah sedekah kerana Allah, untuk fakir miskin daripada kaum muslimin."

Petang hari itu juga Uthman ra membahagi-bahagikan seluruh makanan yang dibawa unta tadi kepada setiap fakir dan miskin. Mereka semua mendapat bahagian yang cukup untuk keperluan keluarganya masing-masing dalam jangka waktu yang lama.

l Orang yang disegani malaikat

Siti Aisyah ra meriwayatkan bahawa pada suatu hari Abu Bakar minta izin bertemu Rasulullah sedang berbaring dan bajunya terangkat sehingga salah satu betisnya nampak.

Selesai berbincang, Abu Bakar pun segera pulang. Kemudian datang Umar dan selepas berbincang beberapa waktu lamanya.

Umar pun pulang. Kebetulan Uthman datang dan minta izin bertemu dengannya.

Mendengar Uthman yang datang, Rasulullah tiba-tiba duduk dan merapikan pakaiannya, lalu menutupi betisnya yang terbuka.

Selepas Uthman pulang, Aisyah bertanya: "Ya, Rasulullah engkau tidak bersiap bagi kedatangan Abu Bakar dan Umar seperti kepada Uthman."

Rasulullah SAW menjawab: "Uthman seorang pemalu. Kalau dia masuk sedang aku masih berbaring, dia pasti malu untuk masuk dan akan cepat-cepat pulang sebelum menyelesaikan hajatnya. Hai Aisyah, tidakkah aku patut malu kepada seorang yang disegani malaikat?" (Hadis Riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW mengangkat malu ke permukaan sebagai teladan dan pelita dalam mendidik umat. Bukankah Rasulullah SAW bersifat pemalu bahkan lebih pemalu daripada seorang gadis pingitan?

Bukankah beliau juga bersada: "Malu tiada menimbulkan kecuali kebaikan?"

Penyair juga menyanyikan sajak malu sebagai berikut bermaksud: Seorang tetap dalam kebaikan selama bersifat pemalu) Kayu gaharu tetap berharga selama ada kulitnya). Demi anda dan ayah anda, tidak ada kebaikan dalam kehidupan. Dan tidak pula di dunia bila hilang malunya.

l Mus'haf Uthmani

Amal perbuatan mulia, kekal sampai hari kiamat ialah apa yang dilakukan Uthman ra. Ayat dikumpulkan dan tertulis dalam lembaran dipada masa khalifah Abu Bakar dan tersimpan di rumah Hafshah sesudah wafatnya Umar ra diambil oleh Uthman ra. Uthman membentuk sebuah jawatan kuasa diketuai Zaid bin Tsabit serta dianggotai Abdullah bin Zubir, Said bin Aash dan Abdurrahman bin Haarits bin Hisyam.

Tugas jawatan kuasa ini ialah membukukan al-Quran, iaitu dengan cara menyalin dari lembaran sampai menjadi buku. Dalam melaksanakan tugas ini, Uthman ra memberi nasihat supaya mengambil pedoman kepada bacaan orang yang hafal al-Quran. Jika ada perselisihan di antara mereka dalam bacaannya maka ayat itu harus ditulis menurut lahjah (dialek) suku Quraisy kerana al-Quran diturunkan menurut dialek mereka.

Selepas tugas itu selesai, Uthman mengembalikan lembaran al-Quran itu kepada Hafshah. Kemudian lembaran itu dimusnahkan dengan dipendam di tanah antara kuburan Rasulullah SAW dengan mimbar.

Al-Quran yang dibukukan diberi nama "Al-Mushaf". Yang sebuah ada pada khalifah Uthman (di Madinah) dan empat buah lagi dikirim ke Makkah, Syria, Basrah dan Kufah agar di tempat itu segera disalin. Adapun Mushaf pada tangan Umar dinamakan 'Mushaf Al-Imam". Dari Mushaf yang ditulis di zaman Uthman itulah kaum muslimin di seluruh pelosok menyalin dan memperbanuak al-Quran.

Allah SWT hendak menyelamatkan Al-Quran dari segala upaya perubahan. Dia memelihara kemurnian dan kelangsungannya sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami (pulalah) yang memeliharanya." (AT-Hij 9). Uthman ra akan tetap selalu dikenang sebagai orang yang paling berjasa dalam bidang ini.
Teruskan Bacaan......

Org Bukan Islam Tidak Boleh Baca Al-quran



Sambil3 dok melayan lagu3 dikir barat yang baru download nih.aku terbaca satu artikel yang amat menarik bagi aku untuk ulas dgn fikrah aku yang x seberapa nih.cam tajuk korang baca kat atas tuh la..terasa sunguh sempit fikiran ore2 islam kita sekrang nih.camne lah bnda2 camni sampai nk buat isu.yang aku sakit hati baca siap lapor kat polis lagi tuh pasal sorang mamat cina nih baca sepotong ayat al-quran dlm siri ceramahnya.allah...bodohnya ore yang buat laporan tuh.tp kita x leh nk salahkan dia 100% coz munkin dia x tahu aper itu perpaduan@dakwah dlm islam...aper yang dia tahu hnya melayu yang boleh baca quran yang aku pon x paham aper2..suka cita la aku maklum.aku lahir3 dh jadi ahli pas.jadi fikrah aku sentiasa ke arah pas..bagi aku perjuangan pas sentiasa betul n sentiasa menurut kehendak ajaran al-quran n hadis..kalu ada cacat cela pas sikit3 tuh kita sama2 baiki..coz kita semua tahu..bak kata tok guru.dlm secupok berah tuh ada hk atoh..kata2 ore tua.jadi hk atoh tuh renjeh3 kita bulih guna balik.itu la satu perumpamaan yang bijok bagi aku rasa...makna dari ayat2 dia atas bila kita lihat kesalahan parti jgn kita gaduh melalok ore kata.hk mane kita bulih baiki kita baiki..k kita kembali pada tajuk atas..tercabar pon ada rasa denga bnda2 cmni.nk kata x der tok guru dlm parti dia ore rasa2 berlambak2.tp nih la sebab bila tok2 guru bertuhan kan duit..bnda camni pon xleh nk wak gapo.isu yang melibat kan perkaumanan(aku sentuh sikit pasal perkauman) nih dah lama aku denga..tp dlm byk3 penjelasan aku amat tertarik sekali dgn penjelasan tok guru nik aziz.bak kata tok guru.kita melayu cina india adik beradik.semua nih.belako2 ank cucu tok adam..bnda nih bukan baru.dari mula pas perintah kelate.bnda nih la tok guru terapkan dalm palo otok rakyak2 dia.sapa dlm kelate semua ore tahu.camne cina india bulih dok dgn selesa dgn ore melayu..munkin apo hk aku tulis nih lari dari tajuk asal.tp aku tulis bnda hk melibatkan semua.yang aku tahu..pas tetap pas..dan amano x kan menjadi pas sampai bila2.dh fikrah aku akan sentiasa bersama pas i-allah..kenapa kita nk halang ore bkn islam membaca al-quran.ada kan ore melayu ingat al-quran nih khusus untuk ore yang bergelar melayu saja.atau melayu islam...ampeh betul la..yang aku sakit otok sangat bila dlm bab nih.mufti sendiri mempersoalankan per yang cina tuh buat.alahhh bodoh nya rasa..kenapa pahaman mufti2 x sama belako.takut sapo sebenarnya nih.kenapa mufti mempertikai kan bnda2 cmni..(munkin keyataan penuh Mufti2 Diputar Belitkan.berhati2 lah wahai muftiku sekalian)tp cuba kita semua fikir.camne ore2 bkn islam nk tertarik dgn agama kita yaitu islam.bila tibul nya isu2 camni aku percaya..kepercayaan ore bkn islam pada islam tuh sendiri tuh hilang.maka bersedia lah wahai mufti2 yang bijak pandai menanti soklan3 dari allah di akhirat nanti..bagi aku yang serba kekurangan ilmu nih aku rasa terlalu boleh n boleh sangat ore bkn islam baca quran.coz dari situ la kita berharap dia akan tertarik pada quran..jadi kenapa melayu malaysia sekarang jadi bodoh pegi lapor kat polis pasal cina baca ayat quran..x masuk akal langsung..alhamdulillah fikiran aku nih sama lah sikit3 dgn tok guru walaupon nk dibeza kan dari segi ilmu terlalu jauh..bak kata ore langit dgn bumi la ilmu yang ada pada aku dgn tok guru.aku hya berfikir secara logik akal.munkin salah munkin juga betul....berilah peluang pada ore bkn islam untuk belajar al-quran.walau pon salah sebutannya.perbetullah bacaan yang cuba dibaca.bkn lapor pada polis. Teruskan Bacaan......