Bacalah Ayat Kursi




Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Pernah diceritakan dari seorang sahabat.menceritakan perihal seorang perempuan muslimah yang hidup disatu kawasan penempatan orang-orang bukan islam.
suatu malam perempuan muslimah ini pulang kerumah setelah selesai pekerjaannya.semasa dia berjalan melalui lorong yang gelap ditengah-tengah bandar.dia melihat seorang lelaki sedang memerhatikan dia.lalu dia dengan rasa yang teramat takut berserah segala-galanya kepada allah dengan membaca ayat kursi..dengan pertolongan allah dia selamat dari ganguan lelaki tadi.semasa melalui jalan itu dia sempat memandang wajah lelaki tersebut.



keesokkan harinya dia terbaca akhbar dan amat terkejut sekali dengan berita yang dia baca.seorang perempaun dirogol ditempat yang dia lalui semalam.dia berasa bertanggungjawab dengan kes tersebut telah melaporkan kepada polis mengenai lelaki yang dilihat pada malam itu.maka tertangkaplah lelaki itu.dia tidak puas hati dengan apa yang terjadi.lalu dia meminta dari polis untuk bertanya beberapa soalan pada lelaki tersebut.maka bertanyalah dia pada lelaki itu.kanapa lelaki itu tidak merogol dia semasa dia melalui jalan tersebut.dengan bersahaja lelaki itu menjawab.bagaimane aku mahu merogol kamu.sedangkan disisi kamu ada dua lelaki yang gagah perkasa sedang bercakap-cakap dengan kamu.bila mendengar apa yang diceritakan oleh lelaki itu dia pon menitiskan air mata memanjatkan kesyukuran pada allah.itulah kelebihan ayat kursi..


0 comments

Post a Comment